Eyoi Team Make Up Artistik - ETMA

By : ETMA 
Konsep gambar yang tertera ini mempunyai keadaan yang luar biasa kerana effect tiupan angin yang kuat serta kostum yang sesuai memainkan watak tersebut lebih menbangun. Keadaan sebegini seperti mempunyai satu objek yang difokuskan. Kostum serta solekan smokey eyes dibahagian solekan mata "talent" lebih ditumpukan supaya dapat memberi impak yang unik dan menarik. 
By : ETMA
Mempunyai konsep cerita si dongeng seperti wahai si pari-pari ,Ia berunsurkan pari-pari yang jahat dan si pari-pari yang baik. Dari segi konsep pemilihan solekan pari-pari lebih menumpukan kepada warna-warna pastel ataupun natural seperti putih, krim,kuning muda, dan sebagainya kecuali warna mengikut tema tersendiri yang dipilih.
By : ETMA
Ini adalah konsep yang bertemakan Retro. Tema sebegini selalu wujudnya pada acara-acara seperti tema untuk dinner, prom night, dan sebagainya. Kostum yang lebih sesuai pada tema tersebut seperti corak polka dot ditambahi hair band mahupun rambut palsu retro bagi si lelaki. Dari segi pemilihan warna solekan  iaitu solekan yang lebih glam,sedikit tebal dan listik yang terang seperti merah.
By : ETMA
Luar biasa. Kostum yang diperbuat dari bahan kitar semula (kertas) ,dan ditambah dengan tema sebegini membuatkan cerita lebih menarik. Pastinya konsep sebegini lebih menumpukan kepada ciri-ciri solekan yang di beri kepada wajah "talent". Dari segi pemilihan warna pula, menggunakan warna-warna cerah walaupun sedikit crowded tetapi masih kelihatan natural dan pastel. Pemakaian rambut palsu pada wanita tersebut lebih tertumpu.
By : ETMA
Menyeramkan ! Sebuah jalan cerita berkisah pembunuhan yang sangat kejam. Penggunaan  cecair warna seperti merah lebih terjelas kesan darah tersebut. Dari segi pemilihan warna solekan dan tema ,tertumpu pada warna-warna gelap seperti hitam ,dark brown dan sebagainya. Lokasi yang sedikit menyeramkan membuat konsep ini lebih terjelas.