Pages

Step Solekan dengan betul.

Bentuk Kening yang sesuai dengan jenis bentuk muka.




Langkah satu:

Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu.
Bagi mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga.
Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.

Langkah dua:


Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti light atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata ia dikenali sebagai base utama.
Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama dan menyerlah. 
Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian 'galakkan' penampilan mata dengan pemakaian celak, serta pemakaian maskara ataupun bulu mata.

Langkah tiga:


Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak sekata. Elakkan dari memilih pemerah pipi jenis 'shimmer' bagi mereka yang memilikki tona kulit yang berminyak kerana ia akan menampakkan kesan berminyak dengan lebih kritikal. Gunalah pemerah pipi yang seakan-akan oren ataupun coklat kerana ia akan menampakkan solekan anda seperti natural.

Memakai pemerah pipi harus dengan memulakan penyapuan antara rahang telinga dan 
rahang pipi supaya bentuk muka lebih terjelas.


Langkah empat:



Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik.
Secara teorinya, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.

-------------------------------------------------------------------
ASSIGNMENT SOLEKAN II
Arabian

Double-Line

Smokey Eyes

my assignment Checked BY : Sir Jamirul Sinail * i got B+ .hihi