Pages

Tugasan II

Siti Nur Aima Bt Mohd Fauzi
201101004
Diploma Kecantikan & Kesihatan

HMU 542
SOLEKAN  II
EN.JAMIRUL BIN SINAIL
---------------------------------------------------




DOUBLE-LINE

Solekan Double line sangat sesuai bagi mereka yang memiliki bentuk mata yang kecil atau sepet kerana ia akan menampakkan effect yang lebih besar dan cantik.

Penggunaan warna :
Pembayang mata bewarna pink ,dan membuat lukisan double line dengan memainkan warna
yang lebih gelap seperti hitam, penggunaan shading seperti biasa dan pemakaian lipstik
bewarna merah diakhiri sapuan lipgloss.





VOUGE/STAGE MAKEUP

Solekan begini sesuai untuk persembahan seperti catwalk atau majlis-majlis vouge.
Kerana solekan berkonsepkan smokey eye.

Penggunaan warna :
Pembayang mata bewarna hitam dan coklat. Penggunaan shading seperti biasa dan lipstik
bewarna peach diakhiri sapuan lipgloss



DINNER MAKEUP

Solekan dinner sesuai untuk majlis pada waktu malam. Warna haruslah lebih terang berbanding solekan siang.

Penggunaan warna :
Hitam ,dengan penggunaan base bewarna putih/krim. Pemakaian shading seperti biasa dan lipstik mewarna merah kelihatan lebih menyerlah dan diakhiri sapuan
lipgloss.



FLORA

Flora adalah sejenis bunga yang semula jadi. Pelbagai bunga yang terdapat di dalam dunia
salah satunya seperti di dalam gambar.

Penggunaan warna :
Pembayang mata bewarna hijau ,kuning, merah. Melukis menggunakan celak mata hitam. pengunaan shading seperti biasa dan lipstik bewarna hijau.




FAUNA MAKEUP

Kali ini ia bertemakan Mermaid. Tema solekan yang tidak terlalu mencabar kerana hasil
solekannya lebih menampakkan kesan flawless.

Penggunaan warna :
Pembayang mata bewarna biru turquoise, hijau dan hitam. Penggunaan shading dan pemakaian lipstik bewarna biru turquoise dan
sedikit glitter.



ENGAGEMENT MAKEUP

Solekan tunang adalah solekan yang lebih natural berbanding solekan perkahwinan. Ia akan memberi effect yang tidak cantik apabila tidak pandai menggunakan teknik yang betul.

Penggunaan warna :
Warna pembayang mata yang lebih natural seperti krim,coklat dan coklat gelap. Penggunaan shading dan pemakaian lipstik bewarna oren soft sedikit campuran peach diakhiri sapuan lipgloss.




CLEOPATRA MAKEUP

Cleopatra adalah sejenis mekap yang bermulanya dari sejak zaman kuno lagi. Beliau adalah seorang gadis yang beasal dari Mesir. Riasan mata yang disukai oleh orang Mesir kuno seperti dipakai Cleopatra adalah salah satu yang paling abadi di dunia fashion.

Penggunaan warna :
Pembayang mata bewarna kuning, pemaikaian eyeliner ditarik sehingga panggal mata, penggunaan shading seperti biasa dan calitan lipstik bewarna peach.


EXTRA FUTURISTIC


Solekan futuristic lebih memainkan perana penting di bahagian mata. Tetapi seperti
di gambar warna pada bahagian mata berkonsepkan colourful dengan sedikit taburan ‘glitter’ di sekitar mata.

Pemilihan warna :
Pembayang mata bewarna merah, biru, hijau, kuning, oren .warna-warna tersebut di blend.
Penggunaan shading seperti biasa dan pemakaian lipstik berbagai warna yang juga di campur.

GLAM MAKEUP

Solekan Glam atau dikenali sebagai solekan glamour ini sesuai menggunkan solekan yang sedikit luar biasa contohnya warna-warna pembayang mata yang lebih elegan, pamakaian glitter berlebihan ,warna lipstik yang
lebih terang.

Penggunaan warna :
Pembayang mata bewarna hijau muda dan hijau gelap.Penggunaan shading dan pemakaian lipstik bewarna merah terang sedikit maroon diakhiri sapuan lipgloss.





WEDDING MAKEUP

Merupakan solekan yang khusus bagi perkahwinan .Tidak terlalu tebal tetapi solekan yang terserlah.

Penggunaan warna :
Pembayang mata bewarna coklat ,tetapi dimulakan dengan pemakaian base seperti krim atau putih,
penggunaan shading seperti biasa dan lipstik bewarna peach diakhiri sapuan lipgloss.