Pages

Panduan asas cara membentuk bulu kening.

Pastikan anda mempunyai cukup peralatan apabila ingin membentuk bulu kening,seperti cermin,penyepit atau pencabut bulu (tweezer),gunting,pencukur,berus kening,kapas dan antiseptik.Anda juga boleh menambah bahan-bahan lain yang difikirkan perlu seperti, losen pelembap,air suam,tisu ,pensil kening dan bekas untuk menyimpan peralatan.


Pastikan anda mengikut urutan membentuk bulu kening yang betul bermula dari bahagian 1,2,3,4 dan 5,seperti pada gambar yang ditunjukkan.Ini bertujuan mempermudahkan anda menyesuaikan bentuk dan saiz bulu kening mengikut kesan yang dikehendaki.Mulakan mencabut di bahagian pangkal dan bawah kening dahulu kemudian menyusul kebahagian atas kening.Lakukan dengan berhati-hati dan tidak perlu terburu-buru.Dengan cara ini kesilapan membentuk dapat dielakkan.Bukan semua wanita memiliki bulu kening yang lebat atau tebal secara semulajadi.Sesetengah wanita hanya memiliki bulu kening yang nipis dan sedikit,maka pensil kening boleh digunakan.


Lazimnya jarak mata yang normal adalah selebar satu biji mata di antara kedua-dua mata.(Lihat gambar di atas)Sekiranya jarak antara kedua biji mata lebih renggang,seeloknya bentukkan kening mata dengan meninggalkan selebar sebiji mata.Ini membolehkan mata kelihatan lebih rapat antara kening.Manakala kedudukan mata yang rapat pula,bentukkan kening mata dengan meninggalkan jarak selebar 1 biji mata di antara keduanya.Untuk mata yang berjarak normal,bentuk bulu kening hendaklah selari dengan saiz mata bagi memberikan kesan yang menarik dan sepadan.


Terdapat 5 jenis bentuk kening yang asas iaitu, kening yang berbentuk normal atau biasa, bentuk serong, bersudut, melengkung dan lurus.Manakala saiz bulu kening pula dikategorikan kepada 3 iaitu,yang tebal, nipis dan sederhana.Membentuk bulu kening hendaklah sesuai dengan bentuk muka, dahi dan juga mata seseorang.Sementara saiz bulu kening hendaklah sepadan dengannya. Adakalanya, saiz bulu kening bergantung kepada kehendak seseorang dan boleh juga dipengaruhi kehendak fesyen terkini.Sebagai contoh sesetengah wanita suka kening yang bersaiz tebal kerana mengikut trend artis kesayangan mereka.

Berikut adalah contoh-contoh padanan antara bentuk muka,dahi dan mata dengan bentuk bulu kening yang sesuai.Muka yang panjang sesuai dengan bentuk kening yang lurus. Muka bulat sesuai dengan bentuk melengkung.Muka segi empat amat sesuai dengan bentuk kening bersudut.Muka segi tiga sesuai dengan bentuk melengkung. Dahi rendah dan sempit sesuai dengan bentuk kening yang melengkung sedikit. Mata yang rapat sesuai dengan bentuk lengkungan yang ting

Step Solekan dengan betul.

Bentuk Kening yang sesuai dengan jenis bentuk muka.




Langkah satu:

Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu.
Bagi mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga.
Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.

Langkah dua:


Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti light atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata ia dikenali sebagai base utama.
Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama dan menyerlah. 
Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian 'galakkan' penampilan mata dengan pemakaian celak, serta pemakaian maskara ataupun bulu mata.

Langkah tiga:


Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak sekata. Elakkan dari memilih pemerah pipi jenis 'shimmer' bagi mereka yang memilikki tona kulit yang berminyak kerana ia akan menampakkan kesan berminyak dengan lebih kritikal. Gunalah pemerah pipi yang seakan-akan oren ataupun coklat kerana ia akan menampakkan solekan anda seperti natural.

Memakai pemerah pipi harus dengan memulakan penyapuan antara rahang telinga dan 
rahang pipi supaya bentuk muka lebih terjelas.


Langkah empat:



Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik.
Secara teorinya, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.

-------------------------------------------------------------------
ASSIGNMENT SOLEKAN II
Arabian

Double-Line

Smokey Eyes

my assignment Checked BY : Sir Jamirul Sinail * i got B+ .hihi

Tak sabarnyaa nak raya !


p/s : Puasa pun baru berapa hari dah kelang kabut nak raya kann ,hihi ,takpe baru la semangat kann. HAHA ,btw apa2 pun nak wish Selamat berpuasa ye kepada kaum muslimin & muslimat .terutama pada warga Geomatika College International terutama kepada Sir Jamirul iaitu Lecturer untuk subjek Solekan II .