Salam Lebaran ! Don't Worry kita puasa sebulan okayy

Aidilfitri pertama : Tiada dapat apa yang harus dinafikan ,semestinya ia penuhh bermakna okayy :)
Apabila terdengar suara azan pada malam raya ,ia tidak boleh ditipu lagi ,sebak dalam hati pasti terasa walaupun hati terasa sangatlahh gembira .tapi kita sebagai manusia biasa haruslah mengingati pada yang telah tiada .Ok xmo jiwang sedih lagi ,tengah semangat raya nie .hehe

We the siblings okay ,nampak wajah kami serupa tak agak-agak ?hehe cerr teka mana adik dan mana kakak? haa cepat2 ..

Ini pula sepupu-sepupu yang sporting n masuk kepala ,ala biasala umur semua lebih kurang sama,perangai pun nak sama la ,nasib la muka kami tak sama, hehehe .Yang penting kami nie Anak Jati Kedah yang Asli nah,bukan celup-celup punya okayy hehe,cewwah semangat nie .

 Rasanya tahun nie cepat je kita habis puasa kan ,memang sangatttt cepat ,tak rasa pun masa berjalan dengan pantas .Mudahan umur Dunia bumi ni jugak panjang yaa ,supaya dapatlah kita nak beraya pada tahun akan datang lagi serta dapat lagi kita mengerjakan Ibadah dengan lebih banyak yaa ,InsyaAllah .


Bila dah asyik dok bergambar,biasa la mimik muka macam-macam ada, Nasib la kita nie raya sebulan kann, tapi raya memang sebulan ,cuti memang tak boleh sebulan jugak la ye, keja tetap kena macam biasa, Alahaii malasnyaqq :) ,Okaylah, Apa-apapun saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali saya mohon maaf sangat andai pernah terkasar bahasa ya, kita kosong-kosong okay. Jemput2 lah datang rumah nah :) Love ,xoxo

SALAM AIDILFITRI

Thank You for reading this entry - Aimaa Fauzie