Solekan sanding By Aimaa Fauzie's

Solekan sanding - Ika
Tema : Ungu
Bertempat : Gurun,Kedah
Gambar sebelum telah dilampirkan sekali dengan gambar yang selepas. Pemakaian pembayang mata (Eyeshadow) tidak terlalu terang. Pembayang mata digabungkan dengan 5 warna iaitu warna cerah seperti krim,ungu cair,ungu gelap,turquoise dan hitam. Oleh kerana mata si pengantin sudah bundar pemakaian bulu mata palsu tidak terlalu tebal.

Macam biasa untuk kali ini,Tiada sebarang pencukuran kening ya, Sapuan bedak asas terus ke seluruh wajah :) Tiada pemakaian bulu mata palsu bawah, serta penggunaan warna gincu sedikit pink dan nude.

Wajah si pengantin tidak susah untuk disolek, kerana ia sudah mempunyai kulit wajah yang licin. Senang sikit kerja ,Hee :) Hasil solekan yang dilampirkan hanya beberapa saja, Untuk gambar selebihnya sila lawat di page La Eyema Beauty Centre. Terdapat beberapa lagi gambar selebihnya disana. Terdapat juga beberapa barangan kosmetik yang dijual ya. Sebarang pertanyaan atau tempahan solekan sila PM di page kami.

Thank you for reading this entry - Aimaa Fauzie