Pages

Metabolisma.


Metabolisme merupakan tindak balas kimia yang berlaku dalam sel hidup. Proses metabolisme merupakan asas hidup, membolehkan sel membesar dan membiak, mengekalkan struktur mereka dan membalas terhadap persekitaran mereka. Metabolisme dibahagikan kepada dua jenis. Katabolisme memghasilkan tenaga, seperti pemecahan makanan dalam repirasi sel. Manakala anabolismemenggunakan tenaga untuk membentuk komponen sel seperti protein dan asid nukleik.


Secara umum, metabolisme mempunyai dua arah lintasan reaksi kimia organik,
katabolisme, iaitu reaksi yang mengurai molekul sebatian organik untuk mendapatkantenaga
anabolisme, iaitu reaksi yang merangkai sebatian organik dari molekul-molekul tertentu,untuk diserap oleh sel tubuh.
Kedua-dua arah laluan metabolisme diperlukan setiap organisma untuk dapat bertahanhidup. Arah lintasan metabolisme ditentukan oleh suatu sebatian yang disebut sebagaihormon, dan dipercepat (dikatalisis) oleh enzim. Pada sebatian organik, penentu arahreaksi kimia disebut promoter dan penentu percepatan reaksi kimia disebut mangkin.
Pada mana-mana arah metabolisme, reaksi kimia melibatkan sejumlah substrat yangbertindak balas dengan dikatalisis enzim pada jenjang-jenjang reaksi guna menghasilkansebatian intermediat, yang merupakan substrat pada jenjang reaksi seterusnya.Keseluruhan bahan kimia yang terlibat dalam suatu jenjang reaksi disebut metabolom.Semua ini dipelajari pada suatu cabang ilmu biologi yang disebut metabolomika.