Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan kita. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, kita perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma, kita perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian kita. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien. Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.
Antara penyakit yang terjadi disebabkan kekurangan
- Rabun Malam (Vitamin A-Retinol)
Kekurangan vitamin A boleh berlaku sebagai kekurangan utama atau kedua. Kekurangan utama berlaku dikalangan dewasa dan kanak-kanak yang tidak mengambil sayuran hijau dan kuning yang mencukupi, buah, dan hati. Berhenti menyusu awal juga meningkatkan risiko kekurangan vitamin A. Kekurangan vitamin A kedua dikaitkan dengan kecacatan penyerapan kronik lipids, penghasilan dan pembebasan hempedu terencat, permakanan lemak rendah, dan pendedahan kronik kepada oksida, seperti asap rokok. Vitamin A merupakan vitamin larut-lemak dan bergantung kepada kelarutan micelar bagi pengagihan pada usus kecil, yang mengakibatkan penggunaan vitamin A rendah akibat permakanan rendah lemak. Kekurangan zink turut melemahkan penyerapan, pengangkutan, dan metabolis vitamin A kerana ia penting bagi pensistesis protein pengangkut vitamin A dan pengoksidaan retinol kepada retinal. Dikalangan penduduk kebuluran, pengambilan rendah vitamin A dan zinc meningkatkan risiko kekurangan vitamin A dan mendorong kepada kejadian physiologi teruk.Kajian di Burkina Faso menunjukkan pengurangan besar kematian malaria dengan tambahan gabungan vitamin A dan zinc bagi kanak-kanak.
Oleh kerana fungsi unik kumpulan retinyl adalah penyerapan cahaya dalam protin retinylidene, salah satu tanda-tanda awal dan khusus bagi kekurangan vitamin A adalah penglihatan cacat, terutama dalam cahaya samara - Retinol. Kekurangan berkekalan menimbulkan siri perubahan, yang paling teruk pada mata. Sesetengah perubahan okular dirujuk sebagaixerophthalmia.
Oleh kerana fungsi unik kumpulan retinyl adalah penyerapan cahaya dalam protin retinylidene, salah satu tanda-tanda awal dan khusus bagi kekurangan vitamin A adalah penglihatan cacat, terutama dalam cahaya samara - Retinol#penglihatan malam rabun malam. Kekurangan berkekalan menimbulkan siri perubahan, yang paling teruk pada mata. Sesetengah perubahan okular dirujuk sebagai xerophthalmia. Pertama sekali berlaku kekeringan pada conjunctiva (xerosis) kerana lacrimal dan epithelium penghasir lendir normal kini diganti oleh keratinized epithelium. Ini diikuti dengan penebalan sisa keratin dalam kepingan lutcahaya kecil (titik Bitot) dan, akhirnya, hakisan pada permukaan kornel kasar dengan pelembutan dan kemusnahan kornea (keratomalacia) dan buta sepenuhnya. Perubahan lain termasuk kecacatan daya ketahanan, hipokeratosis (ketulin putih pada helaian folik rambut), keratosis pilaris dan squamous metaplasia pada lapisan epithelium pada bahagian atas laluan pernafasan dan pundi kencing menjadi keratinized epithelium. Berkait dengan pergigian, kekurangan Vitamin A mendorong kepada enamel hypoplasia.
Bekalan Vitamin A yang mencukupi adalah penting terutama bagi wanita yang mengandung dan menyusukan anak, kerana kekurangan tidak boleh diganti dengan tambahan lepas lahirpostnatal
- Anemia (Kekurangan Ferum)
Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkanhipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
Tiga kelas anemia yang utama termasuk:
- kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
- pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
- pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).