Pergilah wahai hati yang bersedih..



Ya Allah bantu hamba-Mu ini...


Sekuat-kuat hati wanita ibarat kerak nasi. Lama2 direndam pasti lembut juga kan, tapi sekuat2 hati wanita bila kasih dibahagi dua sangat2 sakit walaupun luarannya gembira. Gelak sana gelak sini, hakikatnya hati yang pedih adakah orang ketiga mahupun orang yg selama ni berada disisi menanggung kepedihan ni? hurmm, jauh panggang dari api ! Tegarkah aku merebut dia dari kau. Jahatnya aku, sedangkan tak kan pernah ada kebahagiaan bila berada di atas penderitaan orang lain. Tapi aku redha jika ini jalanku. akan ku menyelusurinya dengan hati yang tabah..
InsyaAllah.
Biar aku mencari sinar kebahagiaan ku sendiri bukan sinar yang aku rampas dari orang lain.bahagia itu bukan terletak pada dirimu seorang.. Wanita seringkali menyatakan kalau di takdirkan bermadu aku terima tapi betulkan? sekuat manakah hati itu mampu bertahan?
memang kita akan dapat payung emas kelak, tapi andanya madu itu menjadi racun yang sangat pedih, mampukah hati itu menjadi penawar racun itu? Biarlah aku undur diri selagi aku dan kau tiada ikatan yg sah.


Ya Allah..
 jadikanlah aku hamba Mu yang sentiasa redha dengan apa jua yang telah Engkau tetapkan
Meski hati anugerah mu ini terluka dan menangis merintih kerana kekecewaan 

Ya Allah..
Berikanlah yang terbaik bagi ku..
dan tarbiyyahlah aku menjadi yang terbaik..
Semoga terganti kekecewaan dihati yang sekian lama merintih
dengan sebuah kebahagiaan..

Hanya pada Mu Ya Allah aku meminta segalanya..
Sesungguhnya Engkaulah YANG MAHA MENDENGAR ..
YANG MAHA MENGETAHUI
DAN..
MAHA MEMAKBULKAN SEGALA PERMINTAAN...




Thank you for reading this entry - Aimaa Fauzie's